Wednesday, August 4, 2010

keindahan kehidupan

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya, ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: cikgu macam mana kita hendak memilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: ok kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. dah petik rumput yang paling cantik terus bawa ke kelas.

apa bila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. lalu cikgu bertanya.

CIKGU: kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. mungkin ada di antara yang di belakang tadi ada yang paling cantik tapi dah cikgu kata jangan menoleh ke belakang semula, jadi tiada rumput yang saya boleh petik.


CIKGU: ya itu lah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yg kita sayang, jgn lah kita mencari yg lebih baik dari itu. kita patut hargai org yg berada di depan kita sebaik-baiknya. jgn lah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. semoga yg berlalu tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kita sayang itu lah yang paling cantik dan paling baik, walau nak ikutkan banyak lagi yang baik dan cantik seperti rumput tadi.




bergitulah syah sedang lakukan terhadap sayang sehingga mata syah terlelap dan nadi syah terhenti nanti.... syah harap sayang pun bergitu tapi kalau tidak beritahu syah secara jujur supaya syah boleh pergi jauh dari sayang tanpa kembali lagi

No comments: